Monday, May 11, 2015

SAGU GULA MELAKA MURAH DI TAIPING PERAK. LAZATTTTT


SAGU GULA MELAKA MURAH DI TAIPING, PERAK

Hari ini saya nak berkongsi kepada rakan-rakan sekalian tentang Sagu Gula Melaka yang paling sedap di Taiping. Saya telah mencubanya pada petang semalam. Pada mulanya saya teringin hendak makan kuih untuk minum petang.

Saje la pusing-pusing Bandar Taiping kot2 berjumpa kuih idaman hati. Lalu saja di kawasan Taman tersebut terjumpa kak nie jual Sagu Gula Melaka dekat banner rumah dia. Harga pulak xda la Mahal mana pon, siap ada bekas kecik dan besar lagi. Selepas itu, Saya tanya la akak tu. Kak kalo nak buat tempahan akak terima x? die pon cakap la Boleh je dik... Ambil nombor akak nie...

Keesokan hari, saya bekalkan untuk bagi kawan-kawan rasa. dorang pon cakap sedap.. so saya pon x beragak bagi no akak tersebut untuk tempahan minum petang selepas meeting di tempat kerja saya..
Mari Kawan-Kawan kita buat tempahan Sagu Gula Melaka Akak ni.



Bekas Besar = RM 2.00
Bekas Kecik = RM 1.00

Sila Hubungi sekiranya berminat hendak buat tempahan.
012-530 9745 Suzi

Saturday, May 31, 2014

SEJARAH BANDAR TAIPING


Bandar Taiping

merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.

Sejarah

Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai" dalam bahasa Cina. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.
  • 1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

Binaan dan Kemudahan

Taiping mempunyai hasil binaan dan kemudahan pertama di Malaysia. Malah, bandar ini sering diberi jolokan "yang pertama" di sidang penulisan bercetak mahupun elektronik. Diantara hasil binaan dan kemudahan yang pertama dibangunkan di Malaysia ialah:
  • Bangunan Telegraf di bandar ini dibina pada 1876 dengan satu talian telegraf sepanjang 43.2 km telah dipasang merentangi hutan dari kediaman Residen British di Kuala Kangsar sehingga bangunan pejabat pembantu Residen di Taiping. 
  • Bukit Larut atau Maxwell Hill, dibuka oleh Pembantu Residen British ketika itu, William Edward Maxwell pada tahun 1884 dan kawasan ini merupakan stesen perhentian di kawasan tinggi tertua di Malaysia.
  • Hospital Taiping, dikenali sebelum sebagai Hospital Yeng Wah, terletak di Jalan Taming Sari, dibina pada tahun 1880. Hospital yang diiktiraf sebagai yang tertua di Malaysia mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen. 
  • Landasan kereta api yang menghubungkan diantara Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) bermula dari tahun 1882 dan siap didalam tahun 1885, dengan nilai kos sebanyak ₤7000, yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu. Landasan keretapi pertama ini dirasmikan oleh Residen Perak ketika itu, Sir Hugh Low. Tujuan pembinaan adalah sebagai kemudahan pengangkutan tenaga buruh lombong bijih timah dan sebagai medium pengangkutan untuk pengeluaran bijih timah dari Taiping untuk dieksport.
  • Muzium Perak
  • Penjara Taiping atau pada awalnya dikenali sebagai "Taiping Gaol" dibina pada 1879.
  • Sekolah King Edward VII merupakan sekolah Bahasa Inggeris pertama dibangunkan pada tahun 1883.
  • Taman Tasik Taiping
  • Zoo Taiping

Pulau Kelumpang

Pada 1987, Pulau Kelumpang diisytiharkan kawasan bersejarah kerana terdapat artifak 1000 tahun. Artifak ini hasil ekskavasi Jabatan Muzium dan Arkib Negara. Pelbagai artifak purba ditemui. Antaranya tengkorak manusia, rangka manusia, kubur, periuk belanga, manik hiasan dan sebagainya. Semua bahan ini dipamerkan di Muzium Arkeologi Lenggong.
Kesan-kesan arkeologi Melayu Proto telah dijumpai di Kompartmen 11 seluas 10.3 hektar di Pulau Kelumpang dan mempunyai 5 buah pulau kecil seluas lebih kurang antara 1 hektar hingga 3 hektar. Tapak ini sungguh istimewa kerana merupakan satu-satunya tapak arkeologi Hutan Paya Laut yang wujud di Asia Tenggara.

Populasi

Mengikut bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, taburan penduduk di bandar ini adalah seramai 212,562 orang (ke-29).

Lokasi

Taiping terletak di koordinat 4.8° Utara dan 104.7° Timur.
Pekan-pekan yang berhampiran dengan Taiping ialah Aulong, Assam Kumbang, Simpang, Trong, Sungai Tinggi, Pokok Assam, Changkat Jering, Batu Kurau dan Kamunting.

Muka bumi

Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat. terdapat juga sebuah sekolah berasrama penuh di sini.

Pentadbiran

Daerah Larut, Matang dan Selama ditadbir dan diurus oleh 2 pihak berkuasa tempatan iaitu:
  • Majlis Perbandaran Taiping bagi beberapa kawasan di dalam pentadbiran Larut dan Matang
  • Majlis Daerah Selama bagi kawasan Selama.

Majlis Perbandaran Taiping

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ditubuhkan pada 1 September 1979 hasil dari termaktubnya Akta 1714, Akta Kerajaan Tempatan pada tahun 1976. Kini MPT dengan keluasan 186.46 km persegi adalah gabungan dari lapan Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan. Kawasan ini merangkumi kawasan bandar serta kawasan pinggir bandar.
  • 1874 Penubuhan Lembaga Kebersihan / Kesihatan (Sanitary Board)
  • 1930 Lembaga Bandaran ditubuhkan melalui Akta Lembaga Bab 137
  • 1956 Majlis Perbandaran Berautonomi Kewangan (Keluasannya ialah 33.67 km persegi)
  • 1/7/1977 Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (Keluasannya ialah 33.67 km persegi)
  • 1/9/1979 Penubuhan Majlis Perbandaran Taiping (Keluasannya ialah 139.89 km persegi)
Majlis Perbandaran Taiping menguruskan kawasan seluas 186.46 km persegi dan meliputi 12 mukim iaitu :
  • Bandar Taiping
  • Batu Kurau
  • Pengkalan Alor
  • Kamunting
  • Simpang
  • Assam Kumbang
  • Sungai Limau
  • Jebong
  • Bukit Gantang
  • Tupai
  • Trong
  • Sungai Tinggi
  • 111.47 km persegi adalah kawasan operasi iaitu kawasan yang diberi perkhidmatan dan dikenakan cukai taksiran tahunan
  • 74.99 km persegi adalah kawasan kawalan iaitu kawasan yang tidak diberi perkhidmatan tetapi pembangunan terkawal dan tidak tikenakan cukai taksiran tahunan.

Pasukan keselamatan

Taiping merupakan kawasan pembentukan pasukan keselamatan terawal di Malaysia oleh British. 1880-an Ngah Ibrahim selaku Menteri Larut terpaksa setuju menerima Kapten Speedy mengawasi kongsi gelap Ghee Hin di Larut kerana pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh Ngah Ibrahim tidak berkesan.
Hasil rundingan, Kapten Tristam Speedy telah ke utara india iaitu di kawasan Punjab untuk mengambil rekrut dari kalangan Sikh untuk menjadi polis, tentera dan pengawal.
Kebanyakan mereka orang Sikh ini menganggotai :
  • Pasukan Perak Armed Police (PAP) 1877-1884
  • First Battalion Perak Sikhs (FBPS) 1884-1896
  • Malay States Guides (MSG) 1896-1919
Ketiga-tiga pasukan ini berpusat di Taiping.

Keagamaan

Waktu solat, iftar dan imsak

Di bulan Ramadhan, Taiping berada di Zon 2 bagi negeri Perak. Untuk waktu solat, Taiping juga berada di Zon 2 bagi Waktu Solat Negeri Perak

Masjid

MEMBEKAL ARANG BAKAU TERBAIK, MURAH DAN SEGAR DARI LADANG

PEMBEKAL ARANG BAKAU MURAH KELUARAN BUMIPUTERA

Taiping:
   Industri kayu arang di Kuala Trong yang bermula pada 1930-an masih relevan dan ini terbukti apabila kayu arang keluaran Malaysia dianggap terbaik di dunia.
Pengawas Hutan Tingkatan Kanan Jabatan Hutan Renj Kuala Trong, Mohd Zuhdi Mohd Ibrahim berkata, 70 peratus arang bakau dieksport ke Jepun, Taiwan, China, Korea, Singapura dan Eropah untuk pembuatan kosmetik dan perubatan.

“Terdapat 99 dapur arang beroperasi di Kuala Trong dikendalikan 30 syarikat dan perusahaan itu memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” katanya. Industri kayu arang di Kuala Trong bermula dengan kilang arang dibangunkan di kawasan pengeluaran kayu (di hutan bakau) dan diangkut ke daratan menggunakan kapal layar. Selepas era kemerdekaan, bot berenjin digunakan dan dapur arang dipindahkan ke tanah besar.
Menurut Zuhdi, pokok bakau berusia 10 tahun ke atas digunakan untuk membuat cerucuk, pokok berusia 20 hingga 25 tahun (kayu jaras) manakala pokok berusia 30 tahun ke atas ditebang untuk penghasilan kayu arang. Selepas setahun pokok ditebang, penanaman semula bakau dilakukan dengan melantik syarikat tertentu. Spesies ditanam semula ialah bakau minyak dan bakau kurap terutama bagi penghasilan kayu jaras dan kayu arang.

Keluasan hutan untuk penebangan diberi kepada pelesen mengikut jumlah dapur arang dimiliki dan paling minimum, pelesen memiliki tiga dapur iaitu mendapat kawasan hutan bakau seluas 6.6 hektar.

Katanya, sejarah hutan paya bakau laut bermula sejak 1900 ketika Jabatan Perhutanan belum wujud lagi dan pada masa itu, ia dikawal selia pejabat tanah.









     Kami adalah salah satu pengeluar arang bakau bumiputera di sini. Jika anda berminat, kami...
MEMBEKAL ARANG BAKAU SECARA PUKAL DAN RUNCIT

Arang Gred A....Keluaran Bumiputera Kilang Keluarga
  • Seguni (20kg) -  RM 40.00
  • 1kg - RM2.30
  • Belian secara pukal  boleh dirunding

Tiada cas penghantaran ...tetapi ada minimum order mengikut kawasan


Jika berminat dan perlukan pertanyaan boleh hubungi di talian dan alamat dibawah:

Call/WhatsApp:
                          012-9759569/013-2019402 (NONY)
                          017-2720750/013-5057250 (SOPIAN)
                           

Stok juga boleh didapati:
                       No.46 Taman Meru Aman 12/KU8,
                       Jalan Jabar, 41050 Klang, Selangor.

Insyaallah kami akan melayan panggilan dan pertanyaan  anda secepat mungkin.








SAGU GULA MELAKA MURAH DI TAIPING PERAK. LAZATTTTT

SAGU GULA MELAKA MURAH DI TAIPING, PERAK Hari ini saya nak berkongsi kepada rakan-rakan sekalian tentang Sagu Gula Melaka yang paling sed...